Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum wbt...

29 Ramadhan...
kita akan meninggalkan ramadhan dan ia sudah pasti, ia akan pergi.
Pergi bersama segala keutamaannya.
Pergi bersama segala keistimewaannya.
Pergi bersama segala keberkahannya.
Dan kecintaan kita padanya akan terbukti saat kita menjadi lebih baik setelah kepergiannya.
Ia senang dan merindukan kita saat iman kita meningkat;
kita akan lbih dekat dengan Tuhan kita dan Tuhannya.
Semoga pemergiannya memberi pengajaran dalam hidup kita.
♥♥(¯`:´¯)░♥♥
.(¯`•.\|/.•´¯)♥♥
(`♥•.(۞).•´¯)(¯`:´¯)♥Mata kadang salah melihat♥
(_.•´/|\`•._)(¯ `•.\|/.•´¯) ♥Mulut kadang salah berkata♥
░ ░ (_.:._)░░(¯`•..(۞).•´¯)♥Hati kadang salah menduga♥
░░♥░ (¯`:´¯)(_.•´/|\`•._)♥Ku himpun sepuluh jari♥
♥░.(¯ `•.\|/.•´¯)::(_.:._)♥Memohon kemaafan♥
 ░ (¯ `•.(۞).•´¯)♥♥
░ ░(_.•´/|\`•._) ♥♥
 ░ ♥░ (_.:._)´.♥♥
รεlﻪmﻪէ հﻪгﻨ гﻪկﻨﻪ ﻪժﻨlfﻨէгﻨ mﻪﻪF չﻪհﻨг ռ ъﻪէﻨռ

Sunday, August 28, 2011

Wanita

Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini….
~insyaAllah~

kredit to Facebook.... =)

Buat sahabatku… moga ia membantu :)

Apabila tiba masanya kau bertemu calonmu…
ketika itulah kesabaran itu perlu berganda-ganda tingginya!
terkadang prosesnya lambat, leceh dan merumitkan..
terkadang juga kita mendapat jawapan yang kabur dan tak pasti..

jadi ke tak jadi..
cepat ke lambat..
dan pelbagai lagi..
Apsal tetiba ada orang lain kacau pula…

menyebabkan kita akan tergopoh-gapah, tersadung, dan mengikuti bisikan hati yang mungkin tak patut diikuti pun..
dan disitulah letaknya kesabaran yang tinggi…
kerana mungkin di dalam peringkat taaruf itu..
ujiannya bertambah-tambah..
keinginan kita untuk mengetahui akan dirinya, untuk terus menghubungi dirinya, menitipkan perhatian dari dirinya , akan membuak-buak..
dan kita mencari-cari alasan untuk menghubungi dirinya…
walaupun tidak ada keperluan pun..
dan disitulah letaknya
sabar..
tawakal…
dan keyakinan kepada ketentuan, qadha dan qadar Allah..

USAH BERBUKA SEBELUM WAKTUNYA..
KERANA BELUM TENTU DIA ADALAH ASAL RUSUK MU!!
di situlah juga aku melihat, magisnya kuasa istikharah itu…

“Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya.”
( Hadis)

“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”
(HR.Thabrani)

Dan dengan itu, Allah mengajarkan kita untuk meletakkan tawakal kita kepadaNya, dan mengingatkan kepada kita bahawa Dia pasti akan mengurniakan jodoh yang terbaik buat kita, walaupun zahir macam kurang nampak perkara itu…
dan di situlah letaknya ketenangan kita, dan rasa keyakinan yang mendalam..
bahawa Allah pasti tidak akan meninggalkan kita..
Kerja-kerja menyeru manusia ini amat banyak.. masa yang ada makin sempit… tidak dapat tidak perkara ini sering berkumandang di benak kita, menganggu fokus dan emosi kita….
Bekalan kita hanya pada 3 perkara itu..

sabar.
tawakal
dan yakin akan ketentuan Allah…

hidup ini terlalu mahal untuk kita korbankan hanya kerana kita tak sabar, kurang tawakal, dan tidak yakin akan ketentuan Allah..
Allah pasti akan berikan yang terbaik buat kita.
Pasti!

“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:

Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.
Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”

Sumber : Facebook

Thursday, August 25, 2011

Terkenang..

Salam semua... =)
semalam tiba2 jak termimpi budak2 skolah.hihihihi... rindu kot.. dekat sbulan dah tak jumpa ni..... nak kongsi sikit la gmbar2 dorang.... last day kelas..... & tak sangka itula last aku guna hndphone aku untuk tgkap gmbar..  Pastu rosak..huhuhu.. sedih... =(

~ buat kerja amal.. kemas library...~

~macam xpenah bergambar pulak dorang ni..

 ~ni time tunggu penambang kat jeti....

Wednesday, August 24, 2011

Pesanan Buat Teman

Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu,
 
Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku,
 
Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu,
dan
 
Andainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya aku ‘pergi’ dulu sebelummu…
 
Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu, dan cuma di kesempatan ini yang ada…
 
Namun,
Jika matamu masih berat untuk memandangku, ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku, jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku, relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku, jika sukar untuk kau melupakan semua salahku terhadapmu, senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku.

Pesanku sahabat,
” Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya aku jika aku sudah tiada berdaya lagi menjaga nama baikku nanti, aku hanya mengaharapkan budimu sahabat.”
” Jagalah tingkah laku sopanmu, jagalah solatmu, jagalah ibadatmu, jagalah auratmu sesungguhnya.”
 
Ingatlah kata-kataku ini, ” Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, dan aku akan selalu menyanyangi persahabatan ini tidak kita aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi. Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini.”
” Himpunkalah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu.”

” Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita, di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti. Sungguh, ku menyanyangimu wahai sahabat…”

Sumber : www.iluvislam.com

Tuesday, August 23, 2011

Ini Kisah Benar !!!!!

BEZA PEREMPUAN CANTIK & TAK CANTIK...
Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman…
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer…

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih…kesiannyer…
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati…
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm…taktik nak ngorat la tu…

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la…bagai pinang d belah dua…
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian…mst dah kena bomoh lelaki tu…

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject…

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato’ mana bela ni…
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah…caringnyer…
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh, gedik la tu…

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don’t worry , i will make u happy forever…
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!! gembeng tol.. ngade2 la…

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak plak tu…
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu…

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu…
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??! sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer…!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia…boring!

benar tak?? benarrr kali kan......hehehe.....

Wanita cantik ialah: 
-Melukis kekuatan melalui masalah 
-Tersenyum saat tertekan 
-Tertawa saat hati sdang menangis 
-Tabah di saat terhina 
-Mempersona kerana memaafkan 
-Mengasihi tanpa balasan 
-Bertmbah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi

Monday, August 22, 2011

Wahai Cinta

Duhai sahabat…
Cinta itu di dalam hati…
kita mempunyai sebuah rumah…
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu…
Ada yang baik dan ada yang buruk.

Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAQWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.

Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku…
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU

Dan ketahuilah duhai sahabatku…
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan…

Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu…
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu…
Kau gembira mendengarkannya…

Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu…
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???

Dengan perabot TAQWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui…
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???

Sekalipun hatimu berat…
Pintalah sang CINTA itu pulang…

Beritahulah kepadanya… :
Maafkan aku…
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku…
Kerana…
Aku ingin menggantikan perabot TAQWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya…
Agar TAQWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
Yang Maha Pengasih…
Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku…
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku…
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri…
Terang dan menerangi…
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku…
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku…

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku…
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA…….
 
Duhai sahabat..
Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia…

Cintailah ALLAH
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu…

Saat mereka bertanya…
Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku…
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku…
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku…
Dan mengukuhkan tulangku…
Dan sentiasa memaafkan segala salah – silapku…
Tutur bicara mulutku…
Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya…
Hidup dan matiku…….
Segalanya untukNya……..

sumber :  ILUVISLAM.COM

 Buat Hati yang Ketandusan Cinta♥
www.iluvislam.com
Oleh: namakuyana
Editor: azzahra_solehah

Sabarlah duhai hati.
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.
Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.
Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.
Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.
Dari ujian  itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkah keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
dia akan datang. itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

Friday, August 19, 2011

Kisah 3 Orang Nenek...

pd suatu hari, 3 org nenek berkumpul di rumah seorang nenek.

mereka ialah nenek1, nenek2 dan nenek3.

mereka bercerita ttg perihal masing2..

nenek 1 : umo aku da 60 tahun, skrg ni, aku mule dah nyanyuk.. aku kadang2   terlupe kat mane tangge rumah aku..

nenek 2 : aku lagi lah.. kalau aku da naik tangge, pastu aku jumpe tangge tu balik, aku kene piker lame, aku nak naik ke nak turun..

nenek 3 : apelah korang ni.. muda2 dah nyanyuk.. tengok macam aku, umo dah dkat 90, steady je beb.. otak fresh lagi.. nenek 3 ketawa mengekek-ngekek sambil mengetuk-ngetuk meja kerana terlalu geli hati.

:) 

tak lame kmudian dia terdiam sambil melihat sekeliling. nenek 3 berkata : eh..siapa yg ketuk pintu tadi?

KukuKaku

SaLAM & selamat pagi kawan2... =)
sedikit benda nak dikongsikan.....
Sharing is caring kan... hehehe.. jom kita baca sama2...

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))
wallahu a'lam.

Thursday, August 18, 2011

Ketika Cinta Bertasbih..

Cinta adalah kekuatan
yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibah,
-AYYATUL HUSNA-

Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
Cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta,  akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keledai terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta
dan percintaan!
-ANNA ALTHAFUNNISA- 

Kau mencintaiku
Seperti bumi
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menanggung beban derita
Tak pernah lelah
Menghisap luka

Kau mencintaiku
Seperti  matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa

Kau mencintaiku
Seperti air
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membersihkan lara
Tak pernah lelah
Menyejukkan dahaga

Kau mencintaiku
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nyala
-puisi dari AYYATUL HUSNA untuk abangnya.. Abdullah Khairul Azzam- 

Pstttt: dah masuk kali ke brapa ntah aku tengok crita ni.. tak jemu tau.. memang best.... & tak jemu tengok muka ustaz Azzam.... =)

Budget lari... Aku mengejar...

Salam Semua...
Selamat pagi.... Cepatnya masa berlalu kan... Tak sedar ari ni dah 18 Ramadhan... 11 ari lagik nak raya...hehheee... Tahun ni tak leh raya sakan kot... sebab budget lari.... Hp rosak.. huhuuhh.. 2 kali dah rosak... malas nak baiki... terpaksa beli hp baru.... Dengan utang PTPTN blm bayar lagi... Bulan ni tak bayar la kali.. Bagi peluang ngan dorang tambah interest kan... buat amal ckit ngan dorang tu..hehheee...  

Sekarang sibuk mencari kerja. Doakan aku dpt kerja lain k... Bukan tak nak ngajar lagi.. tapi atas sebab peribadi & keselamatan diri, kuat jak rasa ati aku ni nak berenti...huhuhu..

Dekat2 nak raya ni, orang sibuk beli baju raya... Kami pulak sibuk beli barang baby..hehehee.... Ui, susahnya cari barang baby lelaki kan.. Sebab tak banyak pilihan... Kalo baby girl memang macam2 jak corak n bentuk.. suka aku tengok.... BEli barang baby tu sebab nak bagi kat abang... Dia nak balik sabah minggu depan... Ala, tahun ni, kurang pulak sorang yg bagi duit raya kat aku... huwaaaaaa........ 

-ni la baju yang sempat di sambar untuk MOHAMMAD ANIQ DARWISY B. ANAS.. Panjang betul nama.. nama bapaknya 4 huruf jak..hehehehee.... (mood: keciwa sebab cadangan nama Mohammad Irfan Iqmal ditolak...hehehe.... ).. xpela, bagi kat anak sendiri jak nanti.. cewahhh... apaka..

Wednesday, August 17, 2011

Alasan kenapa kita perlu baca al-Quran walaupun tidak memahaminya

Salam Nuzul Quran.. Sebuah artikel yg cukup bermakna untuk kita semua.. sama2 la kita hayati dan ambik iktibar dari crita ni.....

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Sumber : mediapeci

Monday, August 15, 2011

renungan untuk org berikut...

Kepada yg masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...
Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil.
Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2.
Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan..

pstttt : sekadar renngan untuk aku & korang2 yg baca ni.. =)

Sunday, August 14, 2011

cari lain.. jumpa yang lain...

salam semua.. selamat malam.. hehehe
sampai sekarang, aku msh blm jumpa lagik crita DARI SUJUD KE SUJUD tu...
adala jumpa, tapi kat youtube.. malas nak tngok kat sana...
nak download gakkk... (memilih betul aku ni)
tengah carik2 kat nenek google, terjumpa pulak crita KITAB CINTA...
Aku baru teringat yg aku memang nakk sangat tengok cita ni.. tapi ada masalah problem sikit nak tengok...
so, dapatla aku simpulkan kat sini, aku tak pernah tengok pun crita ni...
sementara mood cik Broadband ni tengak baekk punya, aku downloadla....hehee
sekarang tinggal beberapa episod lagi.. tak sabar nak tengok... (terasa cam ketinggalan jak)
tapi yg tak bestnya, link untk download crita KITAB CINTA ni guna HOTFILE.. buka mediafire... xbest....
ok, malas nak taep panjang2. letih sebab baru balik dari KAMPUNG BAKO ku yg ku rindu... cehhhh....
sapa2 yang tau link nak download DSKS tu, sila lah bagitau k...
sharing is caring kan.... hehee
k, Thanks korang sebab sudi baca blog aku.. eh, adaka yg baca.. prasan jak lebih ni. =)

Thursday, August 11, 2011

daun yg jatuh takkan membenci angin _ILUVISLAM_

“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”

Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...