sapa peminjam PTPTN kat sini??
sila angkat kaki... =)
sapa ada isi UJRAH kat sini??
sila angkat jari kaki =)
aiii, tension la aku....
aku dah isi dah ujrah.....dah pun d terima emel bahawa aku layak menerima ujrah tersebut.
aku pun dah hantar balik surat penerimaan ujrah tu awal bulan 2..
skrang ni bulan brape erk?? bulan 4 dah kan...
kalau xsalah kira aku, dah 2 bulan lbh dah surat tu aku hntar...
tapi geram sangat ni.. sebab KOS PENTADBIRAN masih sama.. 3%.....
sakit ati sgt2...
dah geram sangat, aku pun hntar pertanyaan kat
sini..
aku tanya macam ni:
salam.
saya nak tanya. kenapa kos pentdabiran saya masih tiga peratus sedangkan saya sudahpun memohon untuk ujrah. malah saya sudah menghantar surat penerimaan ujrah tersebut beberapa bulan lepas. adakah surat penerimaan ujrah yang saya hantar tersebut telah di tolak???
walaupun geram, tapi masih ayu kan pertanyaan tersebut..hahahhaa..
yalah kan, budi bahasa budaya kita.... bahasa melambangkan bangsa.. =)
pastu dapat jwpn macam ni :
salam sejahtera,
semakan mendapati dokumen perjanjian anda telah diterima dan masih dalam proses semakan. pelarasan 15% akan dilakukan ke atas pinjaman anda setelah dokumen perjanjian yang telah dikembalikan selesai disemak. setelah itu, penyata ujrah dapat disemak di http://www.ptptn.gov.my/gateway/ dengan menggunakan kata laluan yang diberikan bersama surat tawaran melalui email anda.
sekian,terima kasih.
uiii, lamak bebeno menyemak nyeeee....... brapa lama nak tunggu ni??
maka, dengan itu, aku xnak bayar PTPTN bulan ni (berkata dgn muka xpuas ati)..
malas nak komen bnyak2..
takut blog aku ni kena saman nanti...hahahahaa...
hanya org yg berhutang dengan PTPTN je faham kegeraman aku skarang...
ni mutiara kat kat laman web PTPTN:
Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.
ni pulak ulasan dari ustaz zaharuddin:
apa yang dilakukan dengan 3 % sebagai kos perkhidmatan adalah riba.so,semua dah tau apa hukum riba kan.... boleh baca selanjutnya kat sini..
so, fikir2kan dan selamat beramal =)
bengang gk ak ngn ptptn nih..aish..sba jela.hrpkn ade pembaharuan pada msa depan
ReplyDeleteha'ah kan.. bengang2pun trpaksa jugak byr duit tu balik... huhuhuuhu
ReplyDelete