Tuesday, May 31, 2011

Lumrah Kehidupan

 Setiap Yang Bernyawa Akan Pasti Merasai Mati

Dunia adalah jambatan untuk menuju akhirat. Kehidupan di dunia ini adalah merupakan ujian bagi manusia untuk  Allah SWT menilai siapakah yang paling baik amalannya. Firman Allah SWT:

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”. [TMQ Al Mulk (67) : 2].  

"di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh....”. [TMQ An Nisaa' (4) : 78]. 

Rabu lepas, 25/05/2011 bersamaan 21 jamadilakhir, kami telah kehilangan salah seorang anggota keluarga... pak cik yg aku panggil Pak Yak kembali mghadap Ilahi....
pemergian yg pastinya mengejutkan semua ahli keluarga.... 
beliau rebah ketika bermain bola n terus pergi untuk selama-lamanya....
setelah 20 tahun menunggu kehadiran anak, akhirnya beliau di kurniakan anak thn lepas....
tapi, janji Allah itu pasti...
bila ajalnya tiba, maka xkan dicepatkan mahupun dilambatkan...
waktu melawat jenazah kat rumahnya, sayu jak rasa...
sebolehnya, aku xnak nangis... tapi,
time baca yasin tu aku tiba2 jak aku nangis.. 
baru je beberapa ayat aku baca.. dah nangis.. sedih sangat2..
adui, xdapat lagi nak meneruskan coretan ni....
tengoh emosi sekarang... masih terkejut..
untuk kawan2 yg baca ni, sama2 kita sedekahkan al fatihah...
moga2 beliau di tempatkan dlm kolongan org2 yg beriman.. aminnnn

~time kenduri kahwin abang2ku...  ~

~gambar ni di ambik raya tahun lepas... blm sampai setahun lagi umurnya..~
 
Tuesday, May 24, 2011

xder tajuk

aduiii, sakitnya kaki...kesan berlari semalam..
ari ni lisan pulak.....
aku datang sana jam 7.15 pagi..
pastu mendaftar n kenalpasti panel ape...
aku kena panel 2...
ada 3 panel....ada sesi pagi n petang...
aku kira aku bernasib baek kena sesi pagi..
tapi tunggu punya tunggu jam 2.30 baru masuk inteview... giloooo...
panel 1 n 3 senang2 je.. xpayah tunggu lame2.. kitaorg kena tinggal 20 lebih orang..
time name di panggil, panel aku baru je num 58...
panel 1 n 3 dah number 80 lebih....
aduh...
kesian la sape yg kena sesi petang.. msti akher lagi abisnya...
malangnyaaa  nasib kena panel 2 tu...
bila masuk dalam bilik inteview, darah gemuruhku datang...
bergetar tanganku... xdapat cover lagi ni....

~ mula2 kitaorang di suruh nyanyi... (macam ujibakat pulak)...
aku nyanyi dgn muka nerves n tukang inteview tu prasan..
dia tegur.. jgn neves sangat...hahaha

~ pastu dia suruh kenalkan diri..
nama saya Nazatul Sofiana bt Hasbi... bla bla blabla 
bla...

~ pastu dia tanye ape yg kita tau pasal kemas..
sorang2 kena tanya...aku ni dahla org ke 3... 
jadi apa yg aku nak cakap dah kena cakap org ke 2 n pertama.. 
xda point lagi dah..kesian kannn...

~pastu dia tnya apa yg kita tau pasal post yg aku mintak tu...
mcm biasa... jawapan dah d bagitau org prtama n kedua..
aku jwb-mengajar n menjaga budak.....
org tu cakap kalau mcm tu, senang je la keja kan....
(adui...rasa nak sound jak org tu)

~apa yg Kemas pernah anjurkan kat kpg (ni aku mmg xtau..) gilerrrrr......
aku jawab jakla Gerakan Desa Wawasan...
pastu pegawai tu tanya, ada aktiviti GDW tu kat kpg aku.. 
jwapan selamat - aku xtau sebab aku lame tinggal kat asrama... hahhaa..
pastu ade pulak org tu tnya, msih ok x papan GDW kat kpg aku...
kalau dah rosak, dia blh gantikan.. (xtau apa mksud ayat tu.. p mcm sindir jak tu..)
sabar2...

~isu semasa pulak... 
kali ni aku di suruh dulu..
mgkin org tu prasan aku cam xde idea je bila jadi org terakhir... kih3...
aku jawab-tanah runtuh... wah.. hebat kan...
tau ape org tu cakap...
"dari tadi je tanah runtuh.. nak isu lain pulak" .. 
sabar2 nana... 
aku jawab jak pilihanraya..... 
pastu soalan dia pulak, dah ngundi ke???? aku senyum je...
pastu dia cakap, sengih2 ni mesti xsempat ngundi sebab lewat daftar...
jadi jawab jak la "YA".. dia tanya, dia jawab... (tapi sebenarnya aku belum daftar lagi....)

~soalan terakhir untuk aku - apa fungsi pilihanraya??? hahaaaa... ni je yg aku dpt jawab lancar kot....
_____________________________________________
kalau la aku xdapat kursus ni, rasa2nya masa2 akan datang aku xkan mintak lagi kot... sebab:

-sekarang aku dah mcm si capek dah..
kaki sakit woooooo.. kesan semalam..

-tunggu inteview sampai berjam2.. buang masa....
xbaek buang masa kannn...

-kelaparan, kehausan, kepeningan, kenervesan menunggu...

-letih berdiri... letih, then duduk bersila kat lantai...

-tali kasut aku putus time berlari.. malunyaaaaa.... talinya tertarik kat tengah2 trex tu......

-kasut inteview aku tertanggal tapaknya.... nasibla dah dalam kreta... 

-malang2..

tapi, apapun, aku berserah sekarang... kalau ada, adala.. kalau xde, apa boleh buat kan.. xder rezeki.. ikhlaskan hati, kuatkan semangat......tawakal je la.... =)

ayat penutup = tengokla gambar2 kitaorang ni ye. duduk kat lantai...hehehe

 ~masih sempat tersenyum walaupun letih menunggu.. syabas kwn2~

 ~azzah pakai hp baru... warna hitam lagi tu....~

 ~study2.. rajinnye.. aku bergosip je~

~ hehehehehhe.. tengok... xdapat duduk bersila..(sakit kaki) ~

 ~mukaku gelappppp... burn3~

~hehehehehe~

Monday, May 23, 2011

Gilo....

Hari ni, aku mghadiri ujian kecergasan KEMAS...
aduiii, xsgka macam ni terjadi..
tau x, kitaorang kena berlari/berjalan 2.4 km.. giloo...
letih sgt2..
rasa mcm nak pngsan jak tadi...
orang tu cakap, xpe kalau tak mampu, boleh berhenti..
tapi xnak la.. alang2 jugak kannnn..
kitaorang kena buat 6 pusingan trek.... besar trek tu... ala, trek untuk org berlari time sukan tuu..
dahla lepas tu, nak balik, kena tunggu bus....
tau brapa lama tunggu... 
2 jam lebih.. aduii, buang masanya...
nasib baek ada geng..
xde la rasa sgt tggu bus..
sian aku kan..hehe..
kesan drpada ujian kecergasan tadi,
badanku dah berbau macam2 minyak.hahaha..
sakit kaki, sakit belakang.. 
kaki pun dah bertempek ngan detox foot...
ari ni tempek 4 skali detox tu..2 kat sebelah kanan.. 2 kat kaki kiri..hahahaa
muka pun dah burn ni.. mcm mana esok......
kawan2 doakan aku berjaya k...
betul2 nak carik keja lain ni..huhuhu...
mudah mudahan ada kemudahan untuk aku esok..
amin ya rabbal 'alamin....

Wednesday, May 18, 2011

Terbanglah Sayang

malas nak taip pnjang2.. baca je la sinopsis novel ni k...best...

Best Friends Forever (BFF)… merupakan ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yang sering mendapat gelaran ‘kembar’; ke mana-mana sahaja, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.

Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing-masing berentap untuk berada di depan.

Inaz, suka yang rancak dan kecoh, sedang mencari seseorang yang baik budi, menambat hati. Suka kepada yang bertubuh ‘tegap’… asal tidak mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yang diimpikan?

Fiya pula, seorang yang pintar, suka kepada ‘nature’, minat aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.

Munawarah dan Melissa, teman baik yang cuba jadi orang tengah, penasihat… mungkin juga pembelot?

Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel… dengan empat orang jejaka di atas gunung legenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai soalan dan teka-teki.

Novel ini akan temukan pembaca dengan pelbagai karakter yang berbeza kerjaya, mendekatkan kita kepada wira-wira negara, yang mungkin   sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yang dirasai oleh seorang anak angkat yang cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yang  menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yang akhirnya terpaksa lakukan transformasi?

Sukarkah untuk menerima kekalahan dan payahkah untuk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yang bergelar insan, yang disusun indah dalam novel Terbanglah Sayang.

Tuesday, May 17, 2011

•♥• ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG •♥•

♥♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

...

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku

Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau bisa mencintai aku apa adanya

Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana....

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~
See More
 
kredit : facebook

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

assalam..
di kesempatan yg ada ni, aku nak wish Selamat Hari Guru untuk insan2 yg bergelar pendidik....

 Especially untuk :
::: Guru2 Taska & Tabika Kemas kg Bako (1993-1994) 

::: Tenaga Pengajar SRK Bako (1995-2000)

::: Tenaga Pengajar SMKA Sheikh Hj Othman Abdul Wahab, Matang (SMKA SHOAW) (2001-2005)

::: Cikgu2 kat Kem Paya Indah, Kuala Langat Selangor ( Jan-Mac 2006)

::: Lecturer2 UiTM Kampus Samarahan Sarawak (2007-2009)

::: Dan untuk rakan2 seperjuangan aku kat SK Muhibbah, Pending... (2010-sekarang)

~Happy Teachers Day semua ye....
~Hanya Allah saja yg dapat membalas jasa kalian
~Sesungguhnya kalian umpama lilin yg membakar diri demi menerangi org lain
~Semoga aku d beri kesempatan untuk menjadi seorang pendidik seperti kalian....
~Hadiah Hari Guru yg aku tunggu2 ari ni -panggilan inteview KEMAS.. harap2 aku lulus untuk inteview mggu dpan.. aminnnn
~Masuk kelas KAFA ari ni, aku d sambut dgn nyanyian SELAMAT HARI GURU oleh murid2ku..hik3.. terharunya.. Tapi yg aku xbrapa nak suka, diaorang tulis kat papan hitam " Selamat Hari Guru Ustazah Nana".... ui, student pun panggil aku Ustzh. Nana...apalaaaa...

~ok, akhir sekali, SELAMAT HARI GURU, GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TERIMA KASIH CIKGU

Wednesday, May 11, 2011

Dalam Mihrab CInta

baru abis tengok Movie DALAM MIHRAB CINTA
apa yg dapat aku katakan, crita ni BEST....
hehehee..

sinopsis :

Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman. Disini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dijambret di kereta, yang kejadian tersebut membuat mereka jadi dekat.

Dipesantren ini Syamsul terusir karena dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian karena keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar membuat Syamsul menjadi seorang pencopet.

Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah.

Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya?  

 ~ kesian aku tengok si shamsul kena belasah.... brapa kali ntah kena belasah....
mula2 time dia d fitnah.. pastu kat rumah pun kena belasah abang2nya... then, kena belasah time dia mencuri rantai..

~ keperitan hidup yg mmbuatkan shamsul menjadi seorang pencopet dompet orang...

~ benarla, setiap yg terjadi ada hikmahnya.. dia di halau dari pesantren kemudian d masukkan ke penjara sebab mencuri rantai dan akhirnya dia mendapat hidayah...

~last crita ni dia menjadi seorang penceramah dan ustaz yg handal....

~kesiannya si shamsul ni sebab xjadi kawen dengan Syilvie... Syilvie kemalangan semasa dalam perjalanan menghantar kad undangan perkahwinannya dengan Shamsul.... jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. akhirnya dia berkahwin ngan zizi.....

psttttt...... aku tengok crita ni macam tengok KCB pulak.. sebab majoriti pelakonnya adalah pelakon KCB...hahahahaa

Monday, May 9, 2011

Nak Kongsi sikit...

aku menaip dengan mata yg ngantukk...
apahal la ngantuk sgt ni erk???
pening kepala lagik tuuu..
hari panas sangat... 
masuk kelas petang tadi pun dah macam xde mood pulak aku.. 
uii.. macam mana ni.... 
panas2 macam tu, pastu blackout pulak...
xpe2... seronok tau.. guna kipas manual...
ambik kad ucapan dari Bank Rakyat untuk buat kipas..
sori ye bank rakyat..hehehehhe... (pasni confirmla bank rakyat xnak ambik aku keje)

sebenarnya entry aku kali ni bukan pasal panas... 
tapi pasa benda2 di bawah..
penat aku tolong kakak ku kemas ujung mggu lepas...
"tolong tengok" hahahahaa.

 novel yg bahagian depan tu sume best.....

 bertimbun jak buku

 Focus kat Diari Seorang Guru.. syiokkk .. dah beberapa kali ulang dah..
serius, best sgt2.... rugi la sapa2 xbaca

 novel2 yg d beri layanan istimewa.. di letakkan kat tmpat bagus...hehhee

sape yg berminat nak beli, contact aku k...lelong3....heheheee
nanti confirm kakak ku marah sebab lelong novel dia... sori ye kak....
gurau jak bah....hahahahaaa

Saturday, May 7, 2011

Kenapa Tuhan Tidak Menolong Menemukan Jodoh Untukku??

Jalan2 tadi.. pastu terjumpa artikel ni... terase pulak aku bila baca artikel ni..hihihi

Bukankah aku sudah menghabiskan hari-hariku untuk beribadah kepada-Mu, Ya Allah."Bukankah aku sudah berdoa dan yakin akan pertolongan-Mu, Ya Allah. Namun mengapa Engkau tidak menolongku? Mengapa tidak dikirimkan jodoh yang sesuai buatku, Ya Allah?....

Tak kurang dari 5 kali, Fulan menolak tawaran kawan-kawan yg hendak menjodohkannya. Alasannya...'Belum ada yang sesuai!'. Ia pun berikhtiar sendiri. Banyak cara ia lakukan. Salah satunya doa yg paling disukai Fulan dalam QS.Al-Furqan : 74.

"Rabbana hablanaa min azwaajinaa wa dzurriyyatinaa qurrata a'yun waj'alnaa lilmuttaqiina imaamaa".

Doa ini tidak pernah dia lewatkan. Setelah solat, ia membacanya. Saat mengaji, ia membacanya. Begitu pula saat Qiyamullail, setelah membaca Al-Quran, saat ramadhan apatah lagi. Suatu hari Fulan mengadu pada sahabatnya, "Kenapa ya Allah belum juga mengabulkan doaku?"

Ujar sahabatnya,

"Jangan berburuk sangka dulu, Allah pasti akan memberikan yang terbaik untukmu, hanya kamu saja belum menyedarinya! Menurut aku sebenarnya Allah telah mengabulkan doamu." jawab temannya..

"Bagaimana????",
sanggah Fulan.

"Wah, kamu ini seperti seorang ahli ibadah yang mati tenggelam!"

Alkisah ada ahli ibadah yang sedang bertaqarrub kepada Allah. Namun ibadahnya terganggu oleh datangnya banjir yang besar. Rumahnya ditenggelami air sedikit demi sedikit. Ahli ibadah itu segera keluar rumah. Ia memandang sekelilingnya, jangan-jangan banjir ini tanda dari Allah.

Saat itulah seorang yang sedang mengayuh rakit mendekatinya,"Wahai orang soleh, selamatkan dirimu! Naiklah ke atas rakitku". Ia menjawab, "Saudaraku, Allah pasti akan menolongku. Berikan tempatmu itu kepada orang2 yang lebih memerlukan".

Tak lama kemudian datang lagi seseorang dengan rakitnya. "Marilah naik ke atas rakitku, engkau harus menyelamatkan diri!".

Ahli ibadah itu menolak dengan alasan yang sama, "Allah akan menolongku..".

Genangan air makin tinggi, ia pun naik ke atap rumah. Datanglah helikopter bantuan yang berputar-putar di depannya. "Aku akan hulurkan tali kepadamu. Peganglah erat2, aku akan menarikmu ke pesawat!", teriak seseorang dari helikopter tersebut. Ia menjawab, "Terima kasih saudaraku, tak usah kau menolongku. Aku yakin Allah tak akan membiarkanku tenggelam. Allah akan menolongku. Berikanlah tali itu pada yang lain".

Air itu semakin tinggi dan dia semakin tenggelam... dan dia pun berkata....

"Ya Allah, mengapa engkau biarkan aku tenggelam! Bukankah aku sudah menghabiskan hari-hariku untuk beribadah kepada-Mu! Bukankah aku sudah berdoa dan yakin akan pertolongan-Mu! Namun mengapa Engkau tidak menolongku?"

Datang seorang ustaz dan memberitahu ahli ibadah tersebut...

"Sebenarnya Tuhan telah menolongmu, Tuhan telah mengirimkan dua rakit dan satu helikopter untuk membantumu. Namun kamu tidak mahu....".

Namun, sayang ahli ibadah tersebut akhirnya telah mati ditenggelami air ...

Fulan termangu mendengar cerita itu.

"Tidak hanya 3 kali, sudah 5 kali Tuhan mengirimkan kepadamu calon isteri yang bagus agamanya. Namun kamu menolak," ujar sahabatnya. "Sekarang kamu sudah susah kan?," lanjutnya kembali.

Fulan tersenyum kecut.

"Sabar kawan. InsyaAllah, Allah akan mengirimkan kamu yang ke-enam! :)" Hibur sahabatnya.

Kadang-kadang kita mengharap sesuatu itu untuk kita...kita hendak yang begini, kita hendak yang begitu..Tetapi DIA lebih mengetahui apa yg lebih terbaik utk diri kita....

kredit to : Murabbi.net

Sumber dipetik dari: Mari Belajar Mendalami Islam

Ceritera Ceritera

semalam aku baru jak menghabiskan KCB-Meraih Ridho Ilahi...nak komen sikit :

 ~ ending crita ni xbrape best la.. sebab tak pasti sama ada Husna akan mendapat jantung or tidak.... sebab ibu kepada Dr Fajar belum meninggal...

~ sepanjang menonton crita ni, aku tertanya tnya, mana Ustazah Qanita... aku mati2 ingt Furqan yg hensome tu xjadi kawen ngan Ustazah Qanita... pertanyaan dalam hatiku tu terjawab bila crita dekat2 nak abis.. xingt episod brapa.. rupanya dorang dah kawen... dan ustazah tu tinggal kat Solo... tapi sampai hujung crita pun xnampak batang hidung ustazah tu.. tapi xkesah la...

~ Yang aku puas ati sgt2 ngan crita ni, Husna dengan Ustaz Ilyas berkahwin jugak semasa Husna terlantar kat hospital tu... happy ending la crita ni.. lama wooo aku tunggu dorang kawen.. xjemput aku pun kan.. xpe2....

~ dan dapatku simpulkan kat sini, aku lebih suka KCB-Ramadhan Spesial dulu....hehehehe.... 

 Lepas ni nak tengok Dalam Mihrab Cinta pulak... hehehee.. 
baru je abis download.....
lama betul aku tunggu crita ni...
crita ni dah d tayang bulan 12 thn lepas lagi... skarang baru ada..
xpayah tunggu crita ni d siar kat panggung di Malaysia ni....
jangan bermimpi la kan.. kalo crita omputeh berlambak jak kan...kan3.. 
sape stuju angkat kaki... =)

Apapun, Ustaz Abdullah Khairul Azam tetap Kacak di mataku...hahahhahaa.... 
nak cari lelaki macam Ustaz Azam la.. ade x????

Sunday, May 1, 2011

Cinta tidak semestinya memiliki

Menggamit kisah cinta luar biasa seorang hamba..kisah cinta Salman Al-Farisi mahu dicoret dan dikongsi..untuk menyentuh hati-hati yang mahu sentiasa terjaga dengan cintaNya.. Mulanya sebuah kisah cinta..ketika mana sudah saatnya Salman Al-Farisi mengisi kekosongan hati dengan cinta halal..sebuah pernikahan..Dia terfikirkan seorang wanita Ansar yang beriman dan solehah. Bukan diharapkan menjadi kekasih tetapi sebagai satu pilihan dan diyakininya bahawa sesungguhnya wanita itu pilihan yang tepat untuk menjadi teman dan ibu bagi bakal pejuang dari keturunannya.

"Aku orang asing di bumi Madinah.Madinah bukanlah tempat kelahiranku.Madinah bukanlah tanah aku meniti kedewasaan.Tidaklah tiap-tiap penghuni bumi Madinah ini ku kenali. Bukankah akan dilihat asing seorang pendatang sepertiku melamar gadis Madinah?"...ada keraguan dihati Salman. Ada kerisauan di hati pemuda itu.

Lantas...terdetik di hatinya mencari seorang sahabat yang mampu menjadi perantara baginya..Ya.. Abu Darda..sahabat dari golongan Ansar yang dipersaudarakan dengannya.. Rasa hatinya disampaikan kepada sahabat tercinta..Abu Darda.. dengan tahmid dan tasbih Abu Darda menyahut hasrat sahabatnya. Cukup girang si Abu Darda memeluk sahabatnya tanda akan dibantunya Salman dalam melunaskan apa yg terhajat dihatinya.

Maka..beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di tengah kota Madinah. Rumah seorang wanita yang solehah dan bertakwa yang menjadi pilihan hati Salman Al-Farisi. Abu Darda menyusun kata memulakan bicara.. "Saya adalah Abu Darda dan ini saudara saya Salman seorang Parsi. Kami telah dipersaudarakan atas nama Allah. Dia telah dimuliakan Allah dengan Islam,dan dia juga memuliakan Islam dengan amalan dan jihadnya. Disisi Rasulullah, dia punya tempat yang mulia,sehinggakan baginda menyebutnya sebagai ahli-bait baginda. Dan kedatangan saya adalah bagi mewakili Salman untuk melamar puteri solehah dari rumah ini". Fasih dan yakin Abu Darda berbicara dengan nada dan loghat Bani Najar. 

Tuan rumah tersenyum membalas bicara,"Adalah sebuah penghormatan bagi kami menerima kehadiran kalian. Dan adalah penghormatan bagi kami sekiranya bermenantukan sahabat Rasulullah yang mulia. Tetapi, hak untuk menerima atau menolak lamaran ini adalah pada puteri kami"..Sang puteri yang mendengar disebalik hijab menanti dengan debaran hati..

Sunyi seketika.... Tiba-tiba suara lembut si ibu bersuara mewakili si puteri yang dinanti sahabat yang mulia. "Maafkan kami atas kejujuran kata dalam jawapan ini. Dengan mengharap redha Allah, saya menjawab bahawa puteri kami menolak lamaran Salman. Akan tetapi seandainya Abu Darda turut mempunyai hasrat yang sama seperti Salman, puteri kami menerimanya" Nah..cukup mengejutkan..sang puteri menolak lamaran yang melamar tetapi menerima pengantara lamaran itu..Apakah mampu Salman menerima realiti yang mungkin mematahkan hati lelaki? Sungguh tak terjangka dengan reaksi indah Salman Al-Farisi.."Allahu akbar!!..dengan mahar dan segala yang telah saya sediakan ini akan saya serahkan kepada sahabat saya Abu Darda untuk pernikahan kalian. Dan saya akan menjadi saksi bg pernikahan mulia ini"..aduh...sungguh teguh hati Salman dalam menghadapi situasi ini..memilih antara keinginan hati dan persaudaraan..cinta luar biasa.. 

Ibrah dari kisah cinta Salman..cinta tak seharusnya memiliki..dan hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesuatu pun dlm kehidupan ini..Salman berada dalam sebuah dugaan yang berat, di tengah perasaan yang berkecamuk rumit..antara malu, kecewa, sedih, merasa salah memilih pengantar

Namun dia teguh untuk tidak mengatakan ’merasa dikhianati’- kerana cinta tak bermakna memiliki.. Berbezanya dengan kita yang sentiasa menginginkan untuk memiliki apa yang kita cintai. Sedangkan ketentuan Allah itu telah pun tertulis dengan hikmah yang tersirat.. Cinta Salman Al-Farisi cukup luar biasa..

subhanallah

sedikit kisah untuk di kongsi bersama..... kisah SAHABAT RASULULLAH..... moga ianya menjadi panduan kita bersama dalam melayari hidup sebagai seorang insan yg selalu mengharapkan cinta...

Antara persaudaraan dan keinginan hati... lantas dia memilih persaudaraan...Betapa teguhnya hati beliau menerima penolakan peminangan tersebut. subhanallah....

betul2 menusuk ke qolbuku kisah ni.. moga kita sama2 diberi kekuatan hati seteguh Salman Al Farisi. moga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua....aminnnnnn =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...