zikrullah n doa
Showing posts with label andai kau jodohku. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~
 
 sumber : Facebook.

Tuesday, May 17, 2011

•♥• ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG •♥•

♥♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

...

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku

Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau bisa mencintai aku apa adanya

Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana....

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~
See More
 
kredit : facebook

Sunday, May 1, 2011

Cinta tidak semestinya memiliki

Menggamit kisah cinta luar biasa seorang hamba..kisah cinta Salman Al-Farisi mahu dicoret dan dikongsi..untuk menyentuh hati-hati yang mahu sentiasa terjaga dengan cintaNya.. Mulanya sebuah kisah cinta..ketika mana sudah saatnya Salman Al-Farisi mengisi kekosongan hati dengan cinta halal..sebuah pernikahan..Dia terfikirkan seorang wanita Ansar yang beriman dan solehah. Bukan diharapkan menjadi kekasih tetapi sebagai satu pilihan dan diyakininya bahawa sesungguhnya wanita itu pilihan yang tepat untuk menjadi teman dan ibu bagi bakal pejuang dari keturunannya.

"Aku orang asing di bumi Madinah.Madinah bukanlah tempat kelahiranku.Madinah bukanlah tanah aku meniti kedewasaan.Tidaklah tiap-tiap penghuni bumi Madinah ini ku kenali. Bukankah akan dilihat asing seorang pendatang sepertiku melamar gadis Madinah?"...ada keraguan dihati Salman. Ada kerisauan di hati pemuda itu.

Lantas...terdetik di hatinya mencari seorang sahabat yang mampu menjadi perantara baginya..Ya.. Abu Darda..sahabat dari golongan Ansar yang dipersaudarakan dengannya.. Rasa hatinya disampaikan kepada sahabat tercinta..Abu Darda.. dengan tahmid dan tasbih Abu Darda menyahut hasrat sahabatnya. Cukup girang si Abu Darda memeluk sahabatnya tanda akan dibantunya Salman dalam melunaskan apa yg terhajat dihatinya.

Maka..beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di tengah kota Madinah. Rumah seorang wanita yang solehah dan bertakwa yang menjadi pilihan hati Salman Al-Farisi. Abu Darda menyusun kata memulakan bicara.. "Saya adalah Abu Darda dan ini saudara saya Salman seorang Parsi. Kami telah dipersaudarakan atas nama Allah. Dia telah dimuliakan Allah dengan Islam,dan dia juga memuliakan Islam dengan amalan dan jihadnya. Disisi Rasulullah, dia punya tempat yang mulia,sehinggakan baginda menyebutnya sebagai ahli-bait baginda. Dan kedatangan saya adalah bagi mewakili Salman untuk melamar puteri solehah dari rumah ini". Fasih dan yakin Abu Darda berbicara dengan nada dan loghat Bani Najar. 

Tuan rumah tersenyum membalas bicara,"Adalah sebuah penghormatan bagi kami menerima kehadiran kalian. Dan adalah penghormatan bagi kami sekiranya bermenantukan sahabat Rasulullah yang mulia. Tetapi, hak untuk menerima atau menolak lamaran ini adalah pada puteri kami"..Sang puteri yang mendengar disebalik hijab menanti dengan debaran hati..

Sunyi seketika.... Tiba-tiba suara lembut si ibu bersuara mewakili si puteri yang dinanti sahabat yang mulia. "Maafkan kami atas kejujuran kata dalam jawapan ini. Dengan mengharap redha Allah, saya menjawab bahawa puteri kami menolak lamaran Salman. Akan tetapi seandainya Abu Darda turut mempunyai hasrat yang sama seperti Salman, puteri kami menerimanya" Nah..cukup mengejutkan..sang puteri menolak lamaran yang melamar tetapi menerima pengantara lamaran itu..Apakah mampu Salman menerima realiti yang mungkin mematahkan hati lelaki? Sungguh tak terjangka dengan reaksi indah Salman Al-Farisi.."Allahu akbar!!..dengan mahar dan segala yang telah saya sediakan ini akan saya serahkan kepada sahabat saya Abu Darda untuk pernikahan kalian. Dan saya akan menjadi saksi bg pernikahan mulia ini"..aduh...sungguh teguh hati Salman dalam menghadapi situasi ini..memilih antara keinginan hati dan persaudaraan..cinta luar biasa.. 

Ibrah dari kisah cinta Salman..cinta tak seharusnya memiliki..dan hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesuatu pun dlm kehidupan ini..Salman berada dalam sebuah dugaan yang berat, di tengah perasaan yang berkecamuk rumit..antara malu, kecewa, sedih, merasa salah memilih pengantar

Namun dia teguh untuk tidak mengatakan ’merasa dikhianati’- kerana cinta tak bermakna memiliki.. Berbezanya dengan kita yang sentiasa menginginkan untuk memiliki apa yang kita cintai. Sedangkan ketentuan Allah itu telah pun tertulis dengan hikmah yang tersirat.. Cinta Salman Al-Farisi cukup luar biasa..

subhanallah

sedikit kisah untuk di kongsi bersama..... kisah SAHABAT RASULULLAH..... moga ianya menjadi panduan kita bersama dalam melayari hidup sebagai seorang insan yg selalu mengharapkan cinta...

Antara persaudaraan dan keinginan hati... lantas dia memilih persaudaraan...Betapa teguhnya hati beliau menerima penolakan peminangan tersebut. subhanallah....

betul2 menusuk ke qolbuku kisah ni.. moga kita sama2 diberi kekuatan hati seteguh Salman Al Farisi. moga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua....aminnnnnn =)

Sunday, April 17, 2011

ANdai Lelaki Tahu....

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Thursday, March 10, 2011

ANDAI KAU JODOHKU

baru abis baca novel ANDAI KAU JODOHKU...
tajuknya macam cerita cinta jak....
tp xdala bnyk sgt cerita cinta.... sikit je...
lebih bnyk bercerita pasal ilmu sesat...
sebuah novel yg sgt best... smpai xsanggup aku nak tidur..
sbb nak tau apa akn jadi lepas tu......
tahniah untuk penulis novel......
sesapa yg nak carik novel untk d baca, cari lah novel ni k..
rasanya novel ni dah lame dah kot...
aku baru baca skrg sbb kesuntukan masa untk mmbaca..
cewahhhh. alasan jak tu..hehhee
selamat mmbaca sume.....

sinopsis novel nie:

RIANA Syuhada Adam, gadis wartawan yang begitu komited dengan kerja dan tidak suka berbicara soal jodoh. Hatinya sekeras kerikil hingga dia tidak mudah jatuh cinta. Namun jauh di sudut hati, dia masih menyimpan janji setia dengan teman sepermainan sewaktu kecilnya, Minul. Kepada lelaki itu sahajalah disandarkan harapan untuk menggapai bahagia. 

Hidupnya yang tenang, tiba-tiba menjadi kacau bila menjadi mangsa tipu muslihat dan kuasa mistik manusia bejat yang akhirnya menemukan dia dengan Danish Haiqal. Terlepas daripada saat getir dan selamat di sisi pemuda itu, membuatkan hati Riana tidak keruan. Danish berjaya meruntun hatinya. Malah, Danish turut menyimpan perasaan terhadapnya.

Pertalian antara Danish dan Syed Aminul membuatkan keadaan semakin kusut! Danish dan Syed Aminul sebenarnya sepupu! Malah, Riana sendiri mendapat tahu bahawa Syed Aminul sudah pun berkahwin.

Riana kecewa. Lelaki yang diharapkan untuk menggapai kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya. Haruskah dia mendambakan cintanya pula itu kepada Danish, sedangkan Danish sudah berjanji akan menyatukannya dengan Syed Aminul? Sayangnya... Riana tidak tega bermadu! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...