Inilah Kekasih Hati Saya
1. Saya sayang sangat kat Dia. Orang kata memang cinta sejatilah. Dia pun penyayang. Setiap kali saya minta tolong mesti Dia datang terus je bantu. Bila saya sedih, saya mesti mengadu kat Dia. Terasa tenanag je hati ni, nama pun Kekasih Hati.
2. Dia tak pernah sakitkan hati saya, bila-bila masa je saya boleh cari dan hubungi Dia. Yang paling buat saya gembira, Dia sentiasa ada dalam hati ni. Setiap kali teringat je mesti saya akan terus hubungi Dia dan macam-macamlah yang akan saya dapat. Kiranya Dia ni memang Kekasih yang sejatilah!
3. Bila rindu Dia, saya akan baca sebuah buku yang Dia bagi. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Tenang je rasa dalam hati ni.
4. Sebelum ni pernah juga bercinta dengan orang lain tapi berakhir dengan kekecewaan dan Kekasih saya kali ini tak peduli semua tu malah siap bagi semangat dan kekuatan untuk saya. Dia tak pernah cemburu pun dengan saya tapi saya pula yang cemburu dengan Dia sebab ramai yang dah jatuh hati dengan Dia ni. Jesteru itu, saya kenalah kerja keras sikit dalam bab ni. Maklumlah, Kekasih saya ni sempurna sangat! Dia baik sangat! Tiap-tiap malam kalau saya rindu kat Dia, dalam pukul 3 hingga 4 pagi kalau saya terjaga mestilah saya hubungi Dia! Rindunya...
5. Sebenarnya Kekasih saya ni memang kaya dan memang tersangatlah pemurah sifatnya. Setiap kali saya minta apa-apa mesti Dia bagi, orang lain minta pun Dia bagi. Semua keperluan hidup saya, Dia yang tanggung 100%. Jadi saya takkanlah nak duduk diam je, saya mestilah balas budi Dia. Kiranya saya sanggup berkorban apa sahaja untuk Dia. Hidup dan mati saya hanya untuk Dia! Betul-betul Cinta Sejatilah! Dia suruh saya belajar semua ilmu yang ada dalam dunia ni. Kekasih saya ni memang pandai dan cerdik. Dia akan bertambah sayang kalau saya suka dan rajin menuntut ilmu. Dia beritahu saya, kalau kita beramal tanpa ilmu, setiap amal yang saya buat akan jadi sia-sia.
6. Sebenarnya saya belum pun jumpa lagi dengan Kekasih hati ni. Belum bersedia lagi...Tapi kekasih hati saya dah janji pasti kami akan bertemu. Sekarang ni tengah menghitung hari untuk bertemu dengan Dia. Rasa seram ada, rasa takut pun ada. Maklumlah tak pernah jumpa. Mulai hari ini saya kena bersedia dengan buku yang dia bagi tu supaya saya tahu apa yang Dia suka dan apa yang Dia tak suka. Sudah semestinya saya kena berkorban apa sahaja untuk Dia demi Cinta ini! Saya nak buat rasa sayang Dia pada saya bertambah hari demi hari. Dia dah berjanji sesiapa yang sayangkan Dia dan sanggup berkorban apa sahaja untuk Dia, Dia janji untuk bagi hadiah yang saya sendiri tak terfikir nikmat dan kehebatannya. Rindu sangat dah ni!
7. "Kepada KEKASIH ku. Aku berjanji, aku akan terus pertahankan Cinta Suci ini. Walaupun nyawa aku tergadai namun aku tidak akan pernah gadaikan Cinta aku pada Kau. Walaupun tak pernah berjumpa dengan Dia, aku tetap bahagia. Itulah KEKASIH HATI ku.. ALLAH SWT.
“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu baginya dan kerana-Nya aku diperintah, dan aku termasuk yang pertama berserah diri”. (Al-An’am: 162-163)
0 comments:
Post a Comment