TONGOD: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengumumkan berita gembira untuk 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian tahun lalu bahawa
notis itu ditarik balik.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.
"Saya minta Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah
berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di sini.
kalau nak berita penuh pegi kat sini:
http://www.bharian.com.my
komen aku : yeke brita ni.. jgn indah khabar dr rupa jak... sbb smpai skarang msh belum ada panggilan lagu..... aku baru je 1 thn ngajar........
sabar nana... rezeki ketentuan Allah.... kalau ada rzki adala.. jgn berharap sgt ye (pesanan khas dari penaja kepada aku) =)
nak carik notis pmberhentian thn lepas lah.. mana la aku letak niii..
0 comments:
Post a Comment