zikrullah n doa

Sunday, January 22, 2012

Terima Kasih Tuhan

"Terasa panjang benar perjalananku kali ini..setiap detik berlaku perkara baru yang tak pernah di sangka, tidak terlintas di fikiran akan menempuh, apatahlagi menduga perkara yang sudah lama ku tinggalkan menjelma semula..rupa-rupanya kini sudah hampir benar aku digarisan penamat, hanya memerlukan sedikit lagi kesabaran dan ketabahan..hanya mahukan sedikit lagi masa untuk memul...akan penghidupan yang lebih menenangkan..

TUHAN..mujur ada sahabat yang menyokong perjuangan..mujur mereka ada memberikan semangat dan dorongan..Mereka mereka tidak bermakna dalam kehidupan kalian, tetapi bagiku mereka adalah HADIAH tak ternilai daripada TUHAN..HADIAH ini tiada galang gantinya..takkan ada nilai yang mampu diberikan oleh sesiapa..

TUHAN..jika aku tidak mampu membahagiakan mereka sebagaimana mereka membahagiakan aku, KAU bahagiakanlah mereka dengan berpuluh kali ganda kesenangan walaupun di kala itu aku ditimpa pelbagai ujian..ENGKAU permudahkan jalan kehidupan mereka walau ketika itu aku dirundung bermacam mehnah perjuangan..Bahagiakan mereka dengan kasih sayang yang tidak ternilai banyak nya sebagaimana mereka pernah memberikan aku walau sekuntum senyuman..Lapangkanlah hati mereka sebagaimana mereka pernah melapangkan hatiku walau sekecil ruang..Jika ada walau sekelumit rasaku diketepikan, ku anggap itu hanya sebagai gurauan yang tak pernah ku pendam..

kerana..

padaku..sahabat tidak perlu terlalu memikirkan keuntungan atau kerugian..tak perlu difikirkan kemenangan atau kekalahan..seorang sahabat perlu belajar untuk berkorban , tidak perlu selalu merungut akan kelemahan tetapi belajarlah untuk mencari persamaan ..seorang sahabat yang sentiasa menemani perjuangan..menyokong dan memberi pandangan..

Dalam segenap ruang yang ada..ku mencintai dan menyayangi sahabatku seluruh hatiku..ku menyayangi sahabatku sebagai rakan seperjuangan hidup dan matiku..Jangan sesekali KAU biarkan aku lupa untuk mendoakan mereka dalam setiap kali sujudku..kerana hanya itu yang mampu aku berikan sebagai tanda aku menyayangi mereka segenap hatiku..
 Sumber : Facebook 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment