zikrullah n doa

Thursday, August 14, 2014

Jendela Hati

Aku ingin hidup secerah mentari
yang menyinar ditaman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala – galanya damai
Penuh mesra membuat ceria
Aku ingin menghapus duka nan lara
Melerai rindu di dalam dada

Sedamai pantai pantai yang memutih
Sebersih titisan embunan pagi
Dan ukhuwah kini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni

Seharum kesturi seindah pelangi
Segalanya bermula disini
Seharum kesturi seindah pelangi
Segalanya bermula disini

-Jendela Hati- 

Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang.

Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.
Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.

Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.

Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita.. :')

Friday, August 1, 2014

Selamat Hari Raya

belum terlambat lagi rasanya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri..

maafkan segala kesalahan... ada tulisan & kata2 yang mengguris hati..

Maaf zahir & batin...

beraya tanpa orang yang tersayang?
bersyukurlah mereka masih ada,
cuma tak berjumpa saat hari raya.

bekerja di hari lebaran?
bersyukurlah, sekurang-kurangnya rezeki kamu masih ada.

tak dapat makan sedap-sedap?
bersyukurlah, kamu masih boleh makan apa yang ada,
ada ramai orang lain yang sakit, tak mampu pun nak makan.

tak ada baju raya?
bersyukurlah, bajumu masih ada, terletak elok, tak comot, tak bertampal, walau tak baru, masih sedap dan cantik dipandang mata.

tak gembira dan merasa mood raya?
bersyukurlah.
sekurang-kurang tak perlu kau hadap perang ditanah air sendiri, berselang seli dengan bunyi bom dan roket-roket tak bermata.

bersyukurlah.
nikmat Tuhan masih ada.
walau tanpa cuti raya, baju raya, gambar hari raya, dan juadah hari raya.

mungkin, kekurangan kekurangan inilah yang bakal menyedarkan kita.

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Sebelum mengundur diri, pesanan untuk korang semua... TOLONGGGGGG jangan tanya BILA LAGI?? BILA NAK KAWEN???? huh, sesungguhnya soalan itu sangat menyentap jantung dan hati kami yg masih single mingle ni... peace no war ;) SELAMAT HARI RAYA.. Pray for GAZA

Sunday, July 13, 2014

Selamatkan Mereka

Ya Allah, selamatkan saudara kami di sana.

PANDUAN QUNUT NAZILAH
 
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
 
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
 
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
 
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
 
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
 
Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
 
· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
 
Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Saturday, July 5, 2014

Belajar dan terus belajar

Belajar hidup memang penuh dengan air mata.

Sampai satu tahap, mesti kita semua akan rasa, menjadi matang untuk kuat dan berani berhadapan dengan masalah.

Kadang-kadang kita rasa, cukuplah, aku betul tak kuat.
Tapi, bila kita rasa kita lemah, Allah hantarkan sesuatu atau seseorang untuk menguatkan kita.

Allah tak pernah kejam.
Kita manusia yang pilih untuk menzalimi diri sendiri dan dizalimi.
Manusia macam aku.

Dan betul juga, Allah takkan menduga, melebihi kemampuan.
Allah takkan mentakdirkan sesuatu kehilangan, tanpa menyediakan sesuatu yang lain.

Copypaste : aku islam 

Wednesday, June 4, 2014

Sendiri

Sendiri
mencari kesalahan diri
merenung kesilapan diri
menjejak kekurangan diri

hati
mengapa harus kecewa
mengapa harus bersedih
mengapa harus menangis
mengapa harus merintih

diri
teruskan berdiri
ayunkan langkahmu
cekalkan azammu
semoga terus tabah & kuat
menghadapi hari mendatang

nanasoha/040614/1548

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...