Ya Allah, selamatkan saudara kami di sana.
  PANDUAN QUNUT NAZILAH
   
  
  
  Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
   
  
  
  CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
   
  
  
  Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, 
Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas 
bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
   
  Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca 
doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut: 
   
  
  
  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  
  
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
  
  
  3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
   
  
  
  Peringatan:
  · Jika
 para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah 
membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah 
ini boleh dibaca selepas solat.
   
  · Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut. 
   
 
  
  Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, 
kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami 
beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan 
segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami 
melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
  
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat 
dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap
 rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan 
menyusul mereka yang kufur
  
  Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah 
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di 
mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, 
peperangan dan permusuhan.
  
  
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah 
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari 
segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan 
Engkau, ya Allah.”
 
0 comments:
Post a Comment