skip to main |
skip to sidebar
Kepada
Masa Lalu,
Apa
khabar? Pastinya berada dalam keadaan tertinggal di belakang, dan sering mahu
dilupakan. Maaf kerana jarang menziarahimu, kerana saya sibuk memesrai Masa
Hadapan.
Masa
Lalu,
sepertinya
orang lain, saya dengan begitu terdesak ingin melupakan kamu. Kamu, adalah
sesuatu yang saya tidak perlukan, hampir setiap hari. Kamu pasti tahu, kamu
banyak musuh, kan? Musuh-musuh kamu adalah mereka yang ingin menjadi lebih
baik, mereka yang ingin maju, mereka yang patah hati, mereka yang gagal. Saya,
adalah sebahagian daripada mereka.
Kamu
tahu, hampir setiap saat saya hampir memaki kamu, kerana apa yang telah terjadi
pada saat-saat yang telah berlalu. Tapi hari ini, tiba-tiba saya tersedar
sesuatu. Kamu, Masa Lalu, bukanlah sesuatu yang teruk sebenarnya. Sungguh.
Hampir saya menangis kerana menyesali perbuatan saya, mengutuk, menyumpah dan
menyalahkan kamu atas segala kegagalan saya. Saya lupa, yang bersalah itu saya,
bukan kamu.
Dalam
sejenak saya terfikir, apabila saya mengutuk kamu, sebenarnya saya sedang
mengutuk takdir. Dan mengutuk takdir bererti saya mengutuk Tuhan. Nauzubillah.
Astaghfirullah.
Masa
Lalu,
kini
saya berasa hendak memeluk kamu. Kenapa? Sebab tanpa kamu, mana bisa saya jadi
seperti sekarang. Tanpa kamu, mana bisa saya menjadi lebih baik. Kerana adanya
kamu, Masa Lalu, kamu mengajar saya menjadi dewasa, mengajar saya memaknai
rasa, mengajar saya mengenal diri, mengajar saya tentang keputusan, dan banyak
lagi.
Hampir-hampir
saya melupakan kebaikan kamu wahai Masa Lalu, tatkala hati saya dimamah
penyesalan. Kini, saya menulis kerana mahu mengucapkan terima kasih. Terima
kasih atas segala pengajaran, sungguh pun ia datang begitu lewat. Sungguh,
terima kasih.
Masa
Lalu,
tak
mungkin saya melupakan kamu ketika masih hidup. Kerana kenangan, tarikh
luputnya sepanjang hayat. Selagi hidup, selagi itu saya akan terikat dengan
kamu. Pun begitu, saya tak boleh selalu menziarahi kamu, bimbang saya terlepas
sesuatu yang lebih baik untuk masa hadapan. Moga kamu tetap di tempatmu, agar
sesekali saya ingin berbicara tentang penyesalan dan hikmah, kamu selalu ada
untuk mendengar dan memberi tunjuk ajar. Jumpa lagi nanti.
copypaste : A
KU ISLAM
Dariku Untukmu Masa Laluku

0 comments:
Post a Comment