zikrullah n doa

Saturday, May 17, 2014

Selamat Hari Guru

SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979 

Alhamdulillah, Tahun ke-5 menggalas tanggungjawab dan tugas sebagai pendidik anak bangsa..
Sekejapnya masa berlalu..
pelbagai kerenah,,
pelbagai gaya..
pelbagai ragam manusia ditemui...
Alhamdulillah Allah masih kuatkan hati dan semangat untuk meneruskan perjuangan hingga ke tahap ini...
Terima kasih kepada orang2 yang sentiasa d sisi..

SELAMAT HARI GURU 
bUkan hadiah semata yg diinginkan (tapi kalau ada hadiah ok gak..hehehe)
Tapi kejayaan anak2 didik yang diidamkan....
Semoga mereka berjaya dan menjadi org yg berguna kepada agama, bangsa dan negara..
Dan kepada semua warga pendidik, Selamat Hari Guru... Semoga kita sentiasa dberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi liku2 mendatang.... Aaminn
Peaceeeeee :)

-2013- Sekarang mereka dah tahun 1 dahhhhh-
 -2012- my first year bertugas sebagai guru tabika..hehehhe
\

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment